Friday 23 March 2012

Pengenalan


Blog kami memaparkan informasi-informasi mengenai sukan-sukan lasak yang terdapat di Malaysia yang boleh menarik minat dan menyediakan informasi kepada pengemar-pengemar sukan lasak serta kepada masyarakat tentang sukan-sukan lasak yang bukan sahaja dikenali sebagai sukan yang mencabar fizikal dan mental mereka, tetapi juga melengkapkan mereka dengan informasi dari aspek keselamatan dan tempat-tempat yang menarik agar menyakinkan mereka untuk mencuba sukan-sukan tersebut mahupun memberi maklumat kepada pembaca blog kami tentang sukan-sukan lasak yang ada khususnya di Malaysia.
Selain itu, di dalam blog ini kami akan memuatkan paparan beberapa sukan lasak yang digemari ramai dan memperkenalkan sukan lasak yang ada khususnya di Malaysia. Misalnya, antara sukan-sukan seperti mountain bike, hiking, sky divng, skate board dan rollerblade yang semakin diminati ramai untuk disertai. Selain itu, blog kami juga akan membuat pautan yang boleh dikunjungi oleh pengunjung blog kami agar mereka juga dapai membuat capaian daripada blog atau website yang akan disediakan oleh blog kami. Hal ini agar mereka dapat mengetahui  tempat-tempat atau kemudahan yang disediakan bagi melakukan sukan-sukan lasak tersebut.