Blog kami memaparkan
informasi-informasi mengenai sukan-sukan lasak yang terdapat di Malaysia yang
boleh menarik minat dan menyediakan informasi kepada pengemar-pengemar sukan
lasak serta kepada masyarakat tentang sukan-sukan lasak yang bukan sahaja
dikenali sebagai sukan yang mencabar fizikal dan mental mereka, tetapi juga
melengkapkan mereka dengan informasi dari aspek keselamatan dan tempat-tempat
yang menarik agar menyakinkan mereka untuk mencuba sukan-sukan tersebut mahupun
memberi maklumat kepada pembaca blog kami tentang sukan-sukan lasak yang ada
khususnya di Malaysia.
Selain itu, di dalam blog ini kami akan
memuatkan paparan beberapa sukan lasak yang digemari ramai dan memperkenalkan
sukan lasak yang ada khususnya di Malaysia. Misalnya, antara sukan-sukan seperti
mountain bike, hiking, sky divng, skate board dan rollerblade yang semakin
diminati ramai untuk disertai. Selain itu, blog kami juga akan membuat pautan
yang boleh dikunjungi oleh pengunjung blog kami agar mereka juga dapai membuat
capaian daripada blog atau website yang akan disediakan oleh blog kami. Hal ini
agar mereka dapat mengetahui
tempat-tempat atau kemudahan yang disediakan bagi melakukan sukan-sukan
lasak tersebut.