Wednesday 18 April 2012

Mountain Bike




Sejarah Ringkas
California Utara pada sekitar tahun 70-an, dimana masyarakat telah menggunakan basikal untuk pergi ke kawasan yang berhampiran. Tahun 1890 dimana basikal telah digunakan sebagai pengangkutan dalam kalangan askar-askar Infantry Buffalo.

Permulaan Basikal Gunung

Kumpulan berbasikal yang menunggang basikal gunung dari Marin Country, California dimana mereka telah berusaha untuk membangunkan versi berkenaan dengan mountain bike pada tahun 1970. Mempunyai perlumbaan yang dikenali sebagai “Repack Downhill”.

Nama-nama seperti Joe Breeze, Otis Guy, Gary Fisher dan Tom Ritchey - memperkenalkan kepada kita tentang mountain bike seperti yang ada pada hari ini.

Definisi

Sukan basikal gunung adalah merupakan satu aktiviti sukan yang amat mencabar kerana memerlukan ketahanan dan kekuatan fizikal yang tinggi. Sukan basikal gunung dilakukan di kawasan yang tinggi seperti kawasan bukit, gunung, kawasan berbatu-batu dan kawasan tanah rata. (Bergantung pada kawasan berbasikal). Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan tahap kesihatan fizikal dan mental.

Sebelum Memulakan Aktiviti

1. Mempunyai sebuah basikal gunung yang sesuai
2. Peralatan-peralatan untuk membaiki basikal gunung
3. Keselamatan adalah faktor penting dalam aktiviti ini
4. Topi keledar – aspek penting sebelum memulakan aktiviti
5. Pilihan yang lebih mudah dalam memilih basikal gunung ini, anda bolehlah mendapatkan jenis yang tahan lasak yang sesuai digunakan jika hendak melakukan aktiviti menaiki atau menuruni gunung.
6. Penggunaan sarung tangan semasa melakukan aktivti




Aksesori Tambahan Basikal Gunung
1. Peti Peralatan
2. Sistem Pencahayaan
3. Kunci Keselamatan
4. Repair stand
5.Tempat Menyimpan Botol Grips

Apek-aspek keselamatan:

•Menggunakan pakaian keselamatan (Kasut, baju, guard, topi kaledar, dll). 
•Jangan memboceng semasa melakukan aktiviti ini. 
•Memastikan basikal anda sentiasa berada dalam keadaan yang baik (Brek, nat dan skru berada dalam keadaan baik, rim, roda, rantai). 
•Menggunakan pakaian yang cerah dan elakkan melakukan aktiviti ini pada waktu malam. 
•Jika berada dijalan raya: (Pastikan jalan mengikut arus, pelajari dan mematuhi peraturan dijalan raya). 
•Sentiasa menjaga kelajuan pada tahap yang sesuai agar dapat mengharugi setiap perubahan keadaan laluan.

Kawasan Melakukan Aktiviti Basikal Gunung di Malaysia

Kesimpulan

Ini merupakan salah satu aktiviti yang amat menyeronokkan disamping dapat meningkatkan tahap kecergasan mental dan fizikal. Dapat melihat keindahan flora dan fauna. Terdapat juga agensi-agensi pelancongan yang menawarkan aktviti ini kepada pelancong kerana untuk memenuhi kehendak peminat sukan lasak ini.

Link sukan mountain bike:


No comments:

Post a Comment